Thursday, January 10, 2013

DENG XIAPING

Deng Xiaoping

"Menjadi kaya adalah tindakan yang mulia." - Deng Xiaoping

Deng Xiaoping atau dikenali juga dengan nama Teng Hsiao-p'ing adalah merupakan negarawan dan anggota komunis China.

Beliau dilahirkan di Guang'an, Sichuan, China pada 22 Ogos 1904. Beliau menjadi Naib Pengerusi untuk Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (1977 - 1980).

Beliau telah diaibkan ketika Cultural Revolution bagaimanapun jawatannya dikembalikan pada 1977 dan menjadi pemimpin de facto negara China.

Beliau telah berusaha untuk memodenkan ekonomi dan memperbaiki hubungan dengan negara-negara Barat, bagaimanapun pada tahun 1989 atas arahannya seramai 2,000 orang yang menyertai demonstrasi di Medan Tiananmen di Beijing telah dibunuh.

Deng Xiaoping meninggal dunia pada 19 Februari 1997 akibat jangkitan paru-paru dan penyakit Parkinson.

No comments:

Post a Comment