Thursday, January 10, 2013

DALE CARNEGIE

Dale Carnegie

"Orang yang berjaya akan mengambil manfaat dari kesalahan-kesalahan yang dilakukannya, dan akan mencuba untuk melakukannya kembali dengan cara yang berbeza." - Dale Carnegie

Dale Carnegie atau nama penuhnya Dale Breckenridge Carnegie (asalnya Carnagey) ialah seorang pensyarah dan pengarang warga Amerika Syarikat.

Beliau dilahirkan di Maryville, Missouri, Amerika Syarikat pada 24 November 1888.

Karya beliau yang begitu popular dan masih dicetak sehingga kini ialah How To Win Friends and Influence People yang diterbitkan pada tahun 1936.

Dale Carnegie meninggal dunia pada 1 November 1955 di kediamannya di Forest Hills, New York, Amerika Syarikat akibat Limfoma Hodgkin dan juga uremia, sejenis masalah buah pinggang

No comments:

Post a Comment