Ibnu Mas’ud r.a berkata: “kami masuk untuk
bertemu Rasulullah S.A.W. di rumah Ummul Mukminin Aisyah r.h.a tatkala
waktu perpisahan telah menghampiri Baginda S.A.W., lalu kami
memerhatikan baginda ,menitiskan air mata dan bersabda: “selamat datang
wahai sahabatku sekalian, moga Allah merahmati kalian, moga Allah
memelihara kalian, moga
Allah membantu kalian, dan aku berwasiat kepada
kalian agar bertaqwa kepada Allah dan jadikanlah diri kalian sentiasa
bersama Allah. Sesungguhnya aku bagi kalian hanyalah merupakan seorang
pemberi amaran yang nyata. Jangan sesekali kalian cuba untuk melebihi
Allah terhadap bumiNYA dan hambaNYA.
Sesungguhnya ajal telah tiba dan
waktu berpindah bertemu Allah, saat ke Sidratul Muntaha sudah hampir dan
ke tempat yang bahagia (syurga), tempat yang penuh dengan nikmat maka
sampaikanlah daripadaku buat kalian dan orang-orang yang datang selepas
kalian yang memeluk agama ini ucapan salam dan doaku agar dirahmati
Allah”
Diriwayatkan pada hari kewafatan baginda,baginda
bertanya kepada Jibril tentang nasib umatnya selepas wafat nanti dengan
katanya,” siapakah yang akan menjaga kedudukan umatku selepas
kewafatanku ini?” maka Allah mewahyukan kepada Jibril a.s. “khabarkanlah
kepada kekasihKU Muhammad S.A.W berita gembira bahawa Aku tidak akan
mensia-siakannya dengan membiarkan umatnya dan berikanlah khabar gembira
bahawa beliau adalah insan pertama daripada kalangan manusia yang akan
dibangkitkan dari bumi menuju padang Mahsyar, beliau adalah penghulu
tatkala manusia-manusia dihimpunkan dan diharamkan syurga untuk dimasuki
oleh umat terdahulu melainkan setelah dimasuki oleh umatnya.” Maka
sekarang ini barulah sejuk mata hatiku”
Kelebihan umat Rasulullah S.A.W. menurut Nabi Adam A.S.
Sesungguhnya Allah S.W.T. telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W. empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:
- Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W. diterima di sebarang tempat oleh Allah S.W.T.
- Pada
mulanya aku berpakaian,tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah
S.W.T., maka Allah telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W.
membuat derhaka dengan telanjang tetapi Allah S.W.T. memberi mereka
pakaian.
- Ketika
aku telah derhaka kepada Allah S.W.T.,maka Allah S.W.T. telah
memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W. berbuat
derhaka, allah S.W.T. tidak memisahkan mereka.
- Memang
benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T. dalam syurga dan aku
dikeluarkan dari syurga tetapi umat Muhammad S.A.W. derhaka kepada Allah
akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kembali kepada
Allah S.A.W.
Kelebihan umat Rasulullah S.A.W. menurut nabi Musa a.s
Ka’bul Akhbar berkata bahawa:
“Saya telah membaca kitab yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Musa A.S yang mana
Allah berfirman yang bermaksud:
“Wahai
Musa, dua rakaat yang disembahyangkan pada waktu subuh oleh Muhammad dan
umatnya Aku menganpunkan bagi mereka (yang mengerjakan solat subuh)
semua apa-apa yang terjadi pada malam dan siang hari, dia tetap dibawah
lindunganKu”.
Firman Allah S.W.T:
“Wahai
Musa, solat Zohor empat rakaat yang dilakukan oleh Muhammad dan umatnya,
aku akan beri kepada mereka pengampunan pada rakaat pertama, aku
beratkan timbangan mereka pada rakaat kedua, rakaat ketiga Aku kerahkan
para malaikatKu bertasbih dan membaca istighfar (memohon ampun) bagi
mereka dan pada rakaat keempat Aku bukakan untuk mereka pintu-pintu
langit sehingga para bidadari dapat mengintai mereka.”
Firman Allah S.W.T:
“Wahai
Musa, empat rakaat solat asar yang dilakukan oleh Muhammad dan umatnya,
maka semua para malaikat dilangit dan dibumi meminta ampun untuk mereka,
maka sesiapa yang telah diminta ampun oleh malaikat, tidaklah Aku siksa
mereka.”
Firman Allah S.W.T:
“Wahai
Musa, solat Maghrib tiga rakaat yang dikerjakan oleh Muhammad dan
umatnya, iaitu ketika matahari terbenam, maka Aku bukakan untuk mereka
pintu2 langit , dan setiap sesuatu yang mereka minta pasti akan Aku
berikan.”
Firman Allah:
“Wahai
Musa, solat Isya’ empat rakaat yang dikerjakan oleh Muhammad dan umatnya
ketika terbenam mega-mega merah, Solat itu adalah lebih baik daripada
dunia dan seisinyadan juga mereka terlepas dari dosa-dosa. Mereka itu
bagaikan anak yang baru lahir dari perut ibu.”
Firman Allah S.W.T.:
“Wahai
Musa, jika Muhammad dan umatnya berwudhu’ sebagaimana Aku perintahkan,
maka Aku berikan kepada mereka setiap titik air wudhu’ itu dengan syurga
yang luasnya seluas langit dan bumi.”
Firman Allah S.W.T.:
Wahai
Musa, puasa yang dikerjakan oleh Muhammad dan umatnya dalam bulan
Ramadhan selama sebulan dalam setiap tahun, maka akan Aku berikan mereka
setiap satu hari puasa itu satu kota di syurga dan setiap kebaikan yang
dilakukan oleh mereka yang sunat, akan diberi pahala sebesar pahala
fardhu. Aku berikan kepada mereka satu malam yang bernama Lailatul
Qadar, barangsiapa yang membaca istighfar pada malam itu hanya sekali
tetapi dengan bersungguh dan menyesal didalam hatinya terhadap
kesalahan2nya, apabila dia mati pada malam itu atau pada bulan itu, maka
Aku berikan pahala kepadanya pahala 30 orang mati syahid.”
Dan Firman Allah S.W.T:
“Wahai
Musa, diantara umat Muhammad S.A.W. ada orang-orang yang berdiri di atas
tempat2 tinggi untuk mengumandangkan syahadat LA ILAHA ILLALLAH, maka
pahala mereka bagaikan pahala para nabi-nabi A.S. dan rahmatKu wajib
keatas mereka. Sedangkan murkaku jauh dari mereka dan tidak akan Aku
tutup bagi mereka pintu taubat selama mereka tetap bersyahadat kepadaku.
Begitulah
betapa besarnya ganjaran dan kelebihan untuk umat Muhammad jika
dibandingkan dengan umat para nabi yang lain. Jadi, semoga kita dapat
memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepadaNya.
subhanallah betapa bertuahnya kita umat di
akhir zaman,umat Islam akhir zaman yang dapat mengecapi nikmat islam
tanpa perlu berperang seperti pejuang terdahulu.
Ayuh sahabat-sahabat apa lagi yang kita
tunggu, marilah kita bersama-sama kejar melakukan kebaikan….hidup di
dunia ini hanyalah sementara, tempat persinggahan sebelum didatangi
penghidupan akhirat….
No comments:
Post a Comment